Monday, May 31, 2010

Secawan Kopi Secubit Rasa

Apakah salah seorang ibu, tatkala terpaksa menerima segala kejian atas perbuatan yang anak nya lakukan. Setelah segala apa yang ibu telah berikan kepada anak nya, namun sanggup anak nya mengecewakan hati ibu nya. Aku sebenarnya tersentuh hati setelah apa yang menimpa terhadap seorang ibu di pejabat tempat aku praktikal ni.

Aku tak la kenal sangat dengan si ibu ni, al-maklumlah tak sampai sebulan lagi kerja. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, yang masih lagi bersekolah, dan akan menduduki SPM. Seperti mana semua ibu-ibu lain risau akan anak mereka yang akan menduduki SPM, begitu juga ibu ini. Walaupun begitu, si anak ini tidak pernah mengerti akan perkara ini, dan hanyutlah dia di alam remaja nya yang penuh dugaan.

Wahai anak, sedarlah dikau bahawa ibu bapa mu telah memberi segala-galanya yang terbaik demi membesarkan engkau. Harapan mereka juga merupakan sesuatu yang terbaik buat diri mu wahai anak. Namun sayang sekali, si anak kepada ibu yang diceritakan tidak mengerti maksud tersirat ini. Wahai anak, percayalah bahawa ibu telah menghantar kau ke sekolah adalah untuk kebaikkan engkau sendiri. Ibu mu telah meletakkan harapan yang tinggi di dalam diri mu dan percaya yang engkau akan menjadi insan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Tetapi anak ini telah memperguna kepercayaan ibu terhadap dirinya untuk melakukan things that all teenagers would want to do.

Sekolah is a place parent sent their beloved child to gain knowledge. Oleh itu, parent fully believed that their children are well educated by their teacher. And to that, they also have a high hopes for them. Namun sebaliknya yang berlaku kepada si ibu ini. Expectation si ibu terhadap anak nya sebagai seorang anak soleh, terus hilang. Mula dari saat itu, mulalah panggilan telefon dibuat. Pelbagai pihak di hubungi, kerana perasaan sayang dan risau terhadap anak nya masih kuat di hati. Si ibu menelefon rakan sekelasnya, bertnyakan kemana anak nya menghilang. Namun jawapan yang tak seberapa hanyalah yang diterima. Di saat ini, bersyukur aku kerana dikurniakan ibu yang penyayang.

Lepas tu aku tak tahu apa jadi, sebab kene keluar office. Tapi on the way aku nak keluar dari kawasan pejabat, aku terlihat si ibu sedang menagis manakala anak nya hanya mentuli kan telinga. I figure that maybe si ibu berjaya memujuk anaknya untuk datang ke pangkuan ibu.

Sesungguhnya ibu sayang akan anaknya, tidak kira bagaimana nakal or maybe jahat sekali pun. Aku berterima kapada Allah S.W.T kerana mengurniakan aku dan sibling-sibling ku parent yang berkebolehan membentuk kami kepada manusia yang berguna. ASSALAMUALAIKUM.....


 

Thanx sieyla coz following my pathetic blog... :p

1 comment: